You`re @ : expedisimelaka.blogspot.com

Monday, November 15, 2010


Assalamu'alaikum semua.Kami telah menjelajah sejumlah tempat seperti Mini Malaysia , Masjid Kampung Hulu , Istana Sulatan Melaka , St Paul's Hill dan Church , Christ Church , Perigi Hang Tuah dan juga Portugese Square. Sedikit informasi mengenai Malaysia. Bunga kebangsaan malaysia ialah bunga raya, makanan kebangsaan ialah satay, raja buah-buahan ialah durian, permaisuri buah-buahan ialah manggis. Malaysia mempunyai 13 negara iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak, Johor, Kedah, Selangor, Terengganu, Penang, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Perlis dan Perak.

Tujuan kita melawat ke tempat-tempat berikut adalah untuk menyemai cinta dan mengembangkan minat yang mendalam terhadap budaya dan identiti Bahasa Melayu , Sejarah tentang sebuah pelabuhan yang dahulunya pernah menjadi tempat perdagangan yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan bahasa Melayu
sehingga menjadi sebahagian daripada bahasa lingua franca .


    Mengenai hutan


Sebanyak 140 jenis ular yang terdapat di bukit bakau di Malaysia ini. Terdapat binatang-binatang kecil seperti ...

Rusa, babi hutan , biawak dan juga ular . Tiada binatang buas di bukit bakau ini . Terdapat juga orang asli yang tinggal di hutan itu . Hutan adalah salah satu yang paling penting untuk menyelamatkan bumi. Hutan juga menyimpan air dan menyedut udara karbon dioxida dan memberi udara oksigen. Hutan adalah seperti farmasi yang mempunyai ubat-ubatan dan herba yang bagus .Seperti kata pepatah, "Manusia hadir apabila pohon pertama hadir dan manusia hapus apabila pohon terakhir hapus."




Parameswara

Padakali ini, Parameswara dan pengikutnya berlari dan menuju ke arah Malaya dan menetap di Bertam.
Suatu hari, mereka pergi memburu dengan orang-orangnya tidak terlalu jauh dari kampung, ia menemukan sebuah adegan aneh. Sementara berehat di bawah pokok Melaka tidak terlalu jauh dari sungai, ia menyaksikan sekumpulan anjing mengepung seekor sang kancil .Sebalik daripada melemparkan dirinya ke dalam sungai,sang kancil pula yang  menyerang anjing itu. Anjing-anjing itu kelihatan bingung dengan pijakan mereka dan berakhir di sungai!Parameswara sungguh terpegun  dengan perbuatan sang kancil tersebut kerana keberaniannya.

Sedikit lagi informasi mengenai Parameswara

Melaka telah dijumpai oleh Parameswara(seorang putera hindu). Beliau lari daripada rumah kerana hujah antara keluarga.Tempat pertama yang beliau berlari adalah menuju Temasek. Pada masa itu Temasek dijaga oleh Raja Siam dari Thailand.Parameswara membunuh Raja Siam lalu berlari menuju ke Melaka. Melaka dahulu adalah perkampungan kecil. Pada tahun 1406 Melaka dijaga oleh Raja Ming dari China, pada tahun 1414 Melaka dilantik oleh Empayar Islam dan Parameswara menjadi Islam dan menukar namanya ke Megat Iskandar Shah. Pada tahun 1450 Golden Age, Sebanyak 84 bahasa digunakan dan pada tahun itu juga Melaka dijajah oleh negara Eropah. Pada tahun 1957 Merdeka.








Sedikit informasi  mengenai Malaysia


Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya.











Makanan kebangsaan Malaysia ialah Satay.







 Raja buah-buahan ialah durian. 
 Permaisuri buah-buahan ialah manggis 














13 negara di Malaysia ialah :

  • Kelantan
  • Sabah
  • Sarawak
  • Johor
  • Kedah
  • Selangor
  • Terengganu
  • Penang
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Melaka
  • Perlis
  • Perak                             






Mini Malaysia


Mini Malaysia adalah tempat dimana pelbagai bentuk rumah kampung dari 13 negara di Malaysia,dalam 13 rumah kampung yang ada di situ hanya tiga sahaja yang kita pergi dan ia itu adalah di Sarawak, dikenali sebagai 'rumah panjang'. Ia adalah sebuah rumah yang agak unik. Tangga di depan rumah mereka di perbuat oleh kayu balak supaya binating buas tidak boleh menceroboh masuk ke dalam rumah mereka. Rumah Melaka, tangganya diperbuat oleh batu. Rumahnya mempunyai tangga yang boleh bergerak supaya budak perempuan dan ibu naik di atas ketika berperang. Rumah Kedah, atapnya sangat tinggi dan apabila atapnya semakin tinggi, rumah itu akan berasa lebih sejuk dan rumahnya tidak perlu perabot.
 Pengaliran udara adalah paling penting untuk mereka. Semua rumah mempunyai 2 bahagian ia itu bahagian basah dan kering.








Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu berbentuk unik sekali seperti masjid di China dan berbentuk seperti pagoda.Ia tidak sama seperti masji ddi Singapura. 
 Di atas bumbung masjid,terdapat sebuah patung yang bentuk seperti  
pagoda dan itulah keunikkan pada masjid tersebut. Di dalam masjid itu terdapat ruang solat dan terdapat bermacam-macam bentuk 
bunga di pagar dan pintu.






Istana Sultan

Istana Sultan itu menggambarkan situasi pada zaman dahulu. Apa yang berlaku di dalam istana itu . Di tempat persidangan mempunyai sebanyak 17 orang . Di situ juga mempunyai gambar Hang Tuah dan Hang Jebat sedang bergaduh.




Sunday, November 14, 2010


Saint Paul's Hill and Church

Pada tahun 1845, St. Francis Church telah dibina. Pada tahun 1849, ia telah selesai. Church yang lama dibina oleh Portugis pada tahun 1521. Namanya 'Lady of the Hill' dan ditukarkan kepada St. Paul's Hill. Dari atas bukit itu, kita dapat lihat laut berbatu-batu jauhnya. Pada tahun 1552, church itu menjadi makam kepada seorang paderi bernama Saint Francis Xavier. Setelah 9 bulan, badannya dihantar ke Eropah. Tetapi orang di Eropah tidak inginkan badannya kerana di Eropah sudah ada banyak paderi yang terkenal. Penduduk di gua sudah berpuluh kali memujuk orang Eropah tetapi masih gagal. Orang gua memotong tangannya, Saint Francis Xavier dan menghantarnya ke Eropah. Setibanya di sana, tangannya masih lagi berlumuran dengan darah. Mereka terkejut dan katakan bahawa itu satu keajaiban tetapi gua mengambil badannya dan menanam badannya berdekatan dengan Mumbai. Dikatakan bahawa semasa dia masih hidup dia telah membuktikan bahawa seorang bayi tidak mati walaupun sudah tertanam.








Hang Tuah's Well

Hang Tuah dan kawannya berguru dengan Aria Putera di Bukit Pancalusa. Hang Tuah hebat dalam silat. Mereka berlima besar bersama-sama. Bendahara berjalan bersiar-siar dan diserang oleh musuhnya. Hang Tuah dan kawan menyelamatkan Bendahara dan mengalahkan musuh Bendahara.
Pada waktu itu, mereka berumur 10 tahun. Bendahara menyuruh mereka tinggal di Istana sebagai tanda terima kasih. Perigi di kampung Duyung digali oleh Hang Tuah dan kawannya. Perigi itu dibuat untuk kebaikan orang kampung . Orang-orang kampung juga menolong mereka . Air di perigi ini tidak akan kering
ia adalah air semula jadi.Airnya dikatakan sama seperti air zam-zam.Perigi itu sedalam 4m.






Portugese Square


Selama 130 tahun, Portugis dan Melaka berperang. Pelabuhan Melaka ditutup oleh Portugis selama 6 bulan sebelum berundur. Sebanyak 1200 keluarga, Portugis berada di Melaka. Ketika mereka berundur, ada sebilangan orang Portugis lari dan sebilangan lagi tertinggal di Melaka. Bahasa Portugis yang lama tidak lagi digunakan di Portugal tetapi masih digunakan di Melaka. Bahasa lama itu dinamakan Christaol. Lagu dan tarian lama tiada di Portugal.(Tradisi Lama) Selat Melaka berada berdekatan dengan perkampungan Portugis. Bahasa pelabuhan yang digunakan adalah bahasa melayu. Protocol dan bahasa semua dari Sultan. Orang Portugis semuanya kehilatan seperti kita. (orang berbangsa Melayu.) Kebanyakkan Portugis berkahwin dengan orang di Melaka dan hanya segenggam sahaja adalah 100 peratus Portugis. Nama-nama jalan di situ dinamakan dengan nama Portugis. Contoh: Jalan Crighton, Jalan De Silva, Jalan Texeira. Laut berdekatan dengan tempat itu dinamakan Selat Melaka. Sebanyak 84 jenis bahasa yang digunakan di laut. Sebanyak 70 000 buah kapal/bahtera setiap tahun.






Ringkasan

Dalam kesemua lawatan-lawatan yang kita kunjungi, lawatan yang paling menarik ialah Mini Malaysia kerana kita dapat mempelajari bagaimana rupa kampung di serata Malaysia. Setiap kampung mempunyai pelbagai jenis bentuk seperti kampung di Serawak , kerana tangganya diperbuat daripada kayu balak supaya binatang buas tidak dapat menceroboh dalam rumah mereka. Kita juga dapat mempelajari bagaimana ia dinamakan Melaka.





Tujuan kita melawat ke tempat-tempat berikut adalah untuk menyemai cinta dan mengembangkan minat yang mendalam

terhadap budaya dan identiti Bahasa Melayu ,

Sejarah tentang sebuah pelabuhan yang dahulunya pernah menjadi tempat perdagangan yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan bahasa Melayu

sehingga menjadi sebahagian daripada bahasa lingua franca .





Syahirah Liyana Friend Friend Friend


Mixpod here @ <
MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com>